Sabtu, Disember 26, 2009

baru tau......

 Tahun baru 2010 hanpir menjelma... semua org sibok membuat bermacm2persiapan... Lebih2 lg ibubapa yg anak2 masih bersekolah...namun bagi diri ini kesibokan membuat persiapn persekolahan anak2 terpaksa dilakukan sendiri... suamiku sekrg ni berada KL.. menghadiri satu tugasan penting... selama 10 hari  ....sehari sebelum tahun baru baru dia pulang...Penat nye tk terhingga... uruskan rumah.... kemudian belikan pakaian dan kelengkapan sekolah.... ajar anak mengaji...tiusyen kan anak org...pegi hantar ank tiusyen matematik... Dh beli pakaian kena pulak 'alter' yg mane patut.Ade pulak jemputan kenduri  kena hadir sbb kawan baik.......Kalau berdua ringan sikit tugasan ....Tapi sekrag baru kita tahu bahawa bukan senang  menjalankan tugasan keluarga sorang diri . Kerjasama amat penting...Tk sabar tunggu abng balik... penat...penat...

Sabtu, Disember 19, 2009

Teringat Pada Mak

Baru saja dapat sms dari jiranku Sarah.Dia pulang ke kg suaminya kerana menghadiri majlis.Ibunya ade di rumah tidak ikut sama.Tinggal dengan pembantu rumahnya.Ibunya dh lama kena strok tapi sudah hampir pulih.  Boleh brjalan tapi dengan bantuan tongkat.Hanya tangan kanannya masih lemah tk boleh diangkat.Memandangkan dia terpaksa balik kg, Sara meminta bantuan saya utk tengok2 mak dia. Walaupun sibok mennda kertas peksa.Saya curi masa ke sana. Apabila bersalam dengannya teringat saya pada mak saya sendiri.Dh lama jugak mak tk datang ke rumah saya.Kesian ibu sarah,....alhamdulillah dia mendapat pembantu rumah  yg dipanggil bibik.Beliau sgt baik.Sgt sabar melayan kerenah orang tua yg sakit.Sebagai jiran saya rasa bertanggungjwab utk membantu ape2 yg patut.
semoga apabila saya membantu orang lain. Ibu sya juga dapat bantuan dari orang lain jika beliau susah. Allah Maha Adil...... Insya allah....

Ahad, Disember 13, 2009

rindu

Cuti sekolah dh masuk hampir satu bulan. Ade tinggal 2 minggu lebih saja lagi.Tapi tk sempat lg nk pergi bercuti kat mane2!! Sbb ade saja perkara yg perlu diselesaikan.Program anak angkat DMDI baru selesai. Lepas tu ade jemputan2 kawin dan akikah yg perlu dihadiri .Sekarang ni pulak menanda kertas Sijil Menengah Agama (SMA).Kena hantar ssebelum 20 Dis.09. Suamiku pula sibok menghadiri macam2 mesyuarat. Dia juga akan ke KL untuk menanda kertas SPM (BAT) selama 10 hari bermula 21 dis hingga 31 dis.(10 hari). Kesiankan anak2 saya syorkan suami pulang ke kgnya dan bawa anak2 yg kecil2.
Fathima(9) dan Sona(5) bercuti sekali. Alhamdulillah hendak pulak mereka ikut abah .Sona selalunya tk lengkang dari saya..tapi bila kata ikut abah balik kg jumpa nenek. wah bukan main gembira lg dia .Bila dia tk  de kat rumah sunyi pulak rasanya. Waktu malam teringatkan dia.selalu kalau nk tido dia nk umminya ni peluk dan tepuk sampai tertido.Ni .... Saya talipon kat suami ... tanya sona nangis tk? TK... dia suka dan main2 Hai  budak2 cam tulah ....... Ummi rindu kat sona.......

Sabtu, November 28, 2009

Tugas sebagai seorang isteri, ibu tk habis2. Mujurlah sekrang ni waktu cuti.Boleh berehat sebentar dari kerja2 sekolah. Dari suboh sampai lah ke malam hari.Ade saja yg patut dibuat.Ank2  ade kat rumah 24 jam.Jadi kenalah masak lebih2.Budak2 sedang membesar jadi asyik nk mengunyah je. Sampai hilang idea ape nk masak.Mujurlah si kakak yg berumur 12 tahun boleh membantu. Tk lama lag dia pun akan dok asrama.
Musim cuti sekolah dah pun mula. Bermulalah juga peranan suri rumah sepenuh masa.bagi diri ini. Anak2 semua ade kat rumah. Yg besar2 dok depan komputer je. Yg kecil2 dok berlari luar rumah. Kadangkala geram jugak.Pening kepala dibuatnya. Anak2 sedang membesar bermacam ragam .
Dua hari lagi ade program anak angkat di bawah anjuran DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam) .Suamiku telah bersetuju utk mengambil 2 org anak angkat. Difahamkan kedua2nya lelaki.Orang mana masih tk tau. Dgr cerita dari luar negara.Nasib baiklah hanya utk 4 hari saje. Semoga Allah memberi kesabaran utk menjadi seorang ibu dan isteri yg baik.Amin....

Khamis, November 19, 2009

redha dan bersyukur

Alhamdulillah, hari ni dah mula bertugas semula kat sekolah setelah 3 hari berkursus. Hari ni juga keputusan UPSR anak saya keluar.Berdebar2. Sebagai ibu saya selalu mendoakan yg terbaik utknya. Tiba sekolah saja dimaklumkan ade 3 mesyuarat yg akan berlangsung .Ketiga-tiga saya terlibat. Yg paling tk sedapnya, utk mesyuarat pibg saya kena siapkan akaunnya maklumlah bendahari. Hati tk sabar2 nk pergi sekolah anak dalam pada waktu yg sama nk siapkan akaun. Anak dh talipon dari sekolah,bila ummi nk dtg?? Suami pula telefon , ape keputusannya??? S/U pibg pulaknya tanye akaun dh siap? Aduh hai macam nk tercabut jari menyiapkan semuanya. Akhirnya semua dapat diselesaikan .Akaun siap, sempat ke sekolah anak mendengar keputusan yg diumumkan oleh guru besarnya dan melihatnya naik pentas menerima keputusan dari gurunya dan balik ke sekolah semula menghadiri mesyuarat bagi membentangkan akuan pibg. Sampai tk sempat sarapan.Tapi hati puas sebab semua dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun keputusan Upsrnya tidak berapa memuaskan 3A 2B,namun saya bersyukur dan tahu dia telah berusha sebaik mungkin. Terimakasih ya Allah kerna kurniaanMu kepada kami sekeluarga.

Selasa, November 10, 2009

doa seorang ibu.

Sudah tiga hari saya anak saya yg sulong menghadapi peperiksaan sijil menengah agama (sma). Melihatkan kesungguhannya belajar saya jadi terharu. manakan tidak dia bukanlah calon sekolah hanya calon persendirian.Dia bersekolah di smtaq yg mana disekolahnya itu tidak menawarkan peperiksaan tersebut. Saya sebagai ibu memberikan sepenuh galakkan , mengajar dia semua matapelajaran dinniah, dan  tk lupa berdoa kepada Allah  agar  dia berjaya. Memang menjalani amalan biasa saya, kalau anak menghadapi peperiksaan saya akan berpuasa .Semoga allah memudahkannya menjawab segala soalan . Insyaallah.

Sabtu, Oktober 31, 2009

jiran

Hidup berjiran sgt penting.tapi ramai yg tidak tahu bagaimana menjadi jiran yg baik. Selalu tidak puas hati dengan jiran. Tk boleh tgk jiran senang. Kalau jiran senang dicemburui... kalau mereka susah diumpat keji. Jiran adalah orang yg paling penting dalam kehidupan kita. Bayangkan kalau kita sakit tgh malam atau musibah menimpa kita, siapa orang pertama kita minta tolong?? bukankah orang sebelah rumah? sedare mara jauh bukan senang bagi mereka beri bantuan dgn cepat. Fikir-fikirkanlah........

Khamis, Oktober 29, 2009

kenapa pelajar sekarang tidak tahu menghargai gurunya??

Pagi ni saya masuk kelas utk mengajar . seperti biasa kelas 'hujung' ni tk de suasana nk belajar langsung.Guru ade depan mata tp seolah2 tk wujud . Pelajar tk ramai hanya sembilan orang. Bila di suruh diam dan dipanggil namanya mcm dh jadi pekak.Pelik mcm mana akhlak mereka kat rumh?? dengan ibu dan bapa? dengan keluarga??? bukan nya kecil lagi? dh boleh jadi bapak orang!!
Rasa hormat dan segan dengan guru tk de langsung.!! Sakit hati dibuatnya. Kadang-kadang kesian juga. Sebagai guru kta perlu punya sikap sabar yg kuat disamping ketegasan. Tp sampai bila nk sabar????

kacang lupakan kulit

baru-baru ini saya telah mengalami peristiwa yg sgt menyakitkan hati.Di mana seorang kawan yg telah saya tolong semasa dia kesusahan telah mengeluarkan kata-kata yag menyinggung perasaan saya selepas dia berada di dalam kesenangan. Manusia jenis apa pun sya tk tau dia ni,
apakah patut saya membrikan pertolongan pada dia jika dia berada di dalam kesusahan pada masa kan datang?