Khamis, November 19, 2009

redha dan bersyukur

Alhamdulillah, hari ni dah mula bertugas semula kat sekolah setelah 3 hari berkursus. Hari ni juga keputusan UPSR anak saya keluar.Berdebar2. Sebagai ibu saya selalu mendoakan yg terbaik utknya. Tiba sekolah saja dimaklumkan ade 3 mesyuarat yg akan berlangsung .Ketiga-tiga saya terlibat. Yg paling tk sedapnya, utk mesyuarat pibg saya kena siapkan akaunnya maklumlah bendahari. Hati tk sabar2 nk pergi sekolah anak dalam pada waktu yg sama nk siapkan akaun. Anak dh talipon dari sekolah,bila ummi nk dtg?? Suami pula telefon , ape keputusannya??? S/U pibg pulaknya tanye akaun dh siap? Aduh hai macam nk tercabut jari menyiapkan semuanya. Akhirnya semua dapat diselesaikan .Akaun siap, sempat ke sekolah anak mendengar keputusan yg diumumkan oleh guru besarnya dan melihatnya naik pentas menerima keputusan dari gurunya dan balik ke sekolah semula menghadiri mesyuarat bagi membentangkan akuan pibg. Sampai tk sempat sarapan.Tapi hati puas sebab semua dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun keputusan Upsrnya tidak berapa memuaskan 3A 2B,namun saya bersyukur dan tahu dia telah berusha sebaik mungkin. Terimakasih ya Allah kerna kurniaanMu kepada kami sekeluarga.