Sabtu, November 28, 2009

Tugas sebagai seorang isteri, ibu tk habis2. Mujurlah sekrang ni waktu cuti.Boleh berehat sebentar dari kerja2 sekolah. Dari suboh sampai lah ke malam hari.Ade saja yg patut dibuat.Ank2  ade kat rumah 24 jam.Jadi kenalah masak lebih2.Budak2 sedang membesar jadi asyik nk mengunyah je. Sampai hilang idea ape nk masak.Mujurlah si kakak yg berumur 12 tahun boleh membantu. Tk lama lag dia pun akan dok asrama.
Musim cuti sekolah dah pun mula. Bermulalah juga peranan suri rumah sepenuh masa.bagi diri ini. Anak2 semua ade kat rumah. Yg besar2 dok depan komputer je. Yg kecil2 dok berlari luar rumah. Kadangkala geram jugak.Pening kepala dibuatnya. Anak2 sedang membesar bermacam ragam .
Dua hari lagi ade program anak angkat di bawah anjuran DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam) .Suamiku telah bersetuju utk mengambil 2 org anak angkat. Difahamkan kedua2nya lelaki.Orang mana masih tk tau. Dgr cerita dari luar negara.Nasib baiklah hanya utk 4 hari saje. Semoga Allah memberi kesabaran utk menjadi seorang ibu dan isteri yg baik.Amin....

Khamis, November 19, 2009

redha dan bersyukur

Alhamdulillah, hari ni dah mula bertugas semula kat sekolah setelah 3 hari berkursus. Hari ni juga keputusan UPSR anak saya keluar.Berdebar2. Sebagai ibu saya selalu mendoakan yg terbaik utknya. Tiba sekolah saja dimaklumkan ade 3 mesyuarat yg akan berlangsung .Ketiga-tiga saya terlibat. Yg paling tk sedapnya, utk mesyuarat pibg saya kena siapkan akaunnya maklumlah bendahari. Hati tk sabar2 nk pergi sekolah anak dalam pada waktu yg sama nk siapkan akaun. Anak dh talipon dari sekolah,bila ummi nk dtg?? Suami pula telefon , ape keputusannya??? S/U pibg pulaknya tanye akaun dh siap? Aduh hai macam nk tercabut jari menyiapkan semuanya. Akhirnya semua dapat diselesaikan .Akaun siap, sempat ke sekolah anak mendengar keputusan yg diumumkan oleh guru besarnya dan melihatnya naik pentas menerima keputusan dari gurunya dan balik ke sekolah semula menghadiri mesyuarat bagi membentangkan akuan pibg. Sampai tk sempat sarapan.Tapi hati puas sebab semua dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun keputusan Upsrnya tidak berapa memuaskan 3A 2B,namun saya bersyukur dan tahu dia telah berusha sebaik mungkin. Terimakasih ya Allah kerna kurniaanMu kepada kami sekeluarga.

Selasa, November 10, 2009

doa seorang ibu.

Sudah tiga hari saya anak saya yg sulong menghadapi peperiksaan sijil menengah agama (sma). Melihatkan kesungguhannya belajar saya jadi terharu. manakan tidak dia bukanlah calon sekolah hanya calon persendirian.Dia bersekolah di smtaq yg mana disekolahnya itu tidak menawarkan peperiksaan tersebut. Saya sebagai ibu memberikan sepenuh galakkan , mengajar dia semua matapelajaran dinniah, dan  tk lupa berdoa kepada Allah  agar  dia berjaya. Memang menjalani amalan biasa saya, kalau anak menghadapi peperiksaan saya akan berpuasa .Semoga allah memudahkannya menjawab segala soalan . Insyaallah.